Jumaat, 21 Mac 2014

Pelaksanaan PPKI SMK Muhibbah Bantu Pelajar Istimewa. Terima Kasih BERNAMA :)


Beberapa minggu lepas kami dilawati oleh media dari BERNAMA.  Dalam kesibukan mengendali program penutupan Minggu Pendidikan Khas peringkat sekolah, kami melayani wartawan tersebut.  Sempat memohon jasa baik mempromosi Program Transisi dan Pendidikan Asas Vokasional yang sangat kami perlukan penaja dan sokongan masyarakat setempat.  Klik link dibawah, jom baca berita :)
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1022482

Jumaat, 7 Mac 2014

Kami, transisi dan PAV di Pendidikan Khas SMK Muhibbah Sandakan

 Biarlah gambar berbicara..... Inilah usaha-usaha kami memajukan transisi kerjaya murid melalui subjek Pendidikan Asas vokasional (PAV). Teringat pertanyaan beberapa orang pengunjung Perpustakaan Wilayah Sandakan ketika menguruskan papan Pameran Program PPKI SMK Muhibbah, "PAV tu apa?" Pengunjung yang bertanya itu rata-rata ialah kaum cina. Ramai yang tidak tahu, kerana dunia pendidikan khas ini pada pendapat saya ialah dunia yang terpinggir.... Tanyalah guru-guru perdana, mereka pun tidak begitu mengenali dunia Pendidikan Khas, sedangkan kami warga pendidikan khas sendiri bertahun-tahun mengajar masih meneroka ilmu pendidikan khas yang mencabar ini.  Ohhh terlupa pula, biarlah gambar berbicara tapi banyak pula celoteh saya haha... .




















Khamis, 6 Mac 2014

Transisi kerjaya pelajar pendidikan khas

Tahun 2014 ini ingin fokus kepada transisi kerjaya pelajar pendidikan khas.  Harapan dan impian agar ada perkembangan yang baik dalam usaha ini.  Kolaboratif pihak sekolah dengan agensi luar menuntut  komitmen yang bukan sedikit.  Semoga dipermudahkan usaha kami ini. Gambar diatas menunjukkan aktiviti program transisi PAV Dobi kami di Pendidikan Khas SMK Muhibbah.  Kemahiran melipat baju turut diajar. Hanya berpandukan modul ringkas.  Berbekalkan teori dan praktikal, kami masih mencari agensi yang ingin menerima latihan kerjaya para pelajar.  
Kelas teori pun ada.... ;)

Sidai pakaian di ampaian...Bryan dan Amelia, pelajar senior kami ;).