Khamis, 27 Februari 2014

Hari Jumaat dan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Pendidikan Khas SMK Muhibbah

Semasa tahun pertama berpindah mengajar di smk muhibbah, saya diperkenalkan dengan subjek pendidikan asas vokasional dobi. Setiap hari jumaat, semua guru dan pelajar pendidikan khas akan ber 'PAV' untuk memberi kemahiran tertentu kepada pelajar. Pada tahun tersebut (2010) saya dan cikgu Jas mengajar kemahiran mencuci pakaian dan menyeterika pakaian.  Selain dobi, ada beberapa lagi matapaelajaran kemahiran asas vokasional seperti kebun sayur, tanaman herba, masakan, jahitan, pertukangan dan cuci kereta. Semuanya dijalankan secara kecil-kecilan.  Usaha yang murni ini sekurang-kurangnya dapat memberi latihan dan kemahiran kepada pelajar.  Apapun, seminggu hanya sekali dijalankan dan bergantung kepada faktor cuaca dan masa pembelajaran yang pendek pada hari Jumaat. Jika hujan, kami tidak terima tempahan mencuci. Maka, terfikirlah idea untuk mewujudkan kraf PAV dobi. Jika hari jumaat hujan, kami berkraftangan pula. Tema masih pakaian. Sangat comel (masuk bakul angkat sendiri haha...) Pengantung hiasan di kereta yang dibuat oleh pelajar kami ini sangat unik dan cantik, semua hand made. Tidak dijual dimana-mana kedai. Setakat ini cuma dijual di SMK Muhibbah Sandakan semasa Minggu Pendidikan Khas setiap tahun. Limited edition. Paling penting dijahit oleh anak-anak syurga. Membeli sambil menderma. Sesiapa berminat boleh email saya di inaredz2011@gmail.com atau tinggalkan komen di bawah. ;) 

Rabu, 26 Februari 2014

KH jahitan Cikgu N

Hari ni nak kongsi aktiviti KH jahitan cikgu N... Haa ni la kelas c mate (nama panggilan utk dia) ...hari ni bersesak d stesen KH jahitan tgk murid2 PK smkm menjahit artikel exam... Atas usaha cikgu N ni byk dah artikel berbentuk kraf felt yg menjadi trade mark pk smkm.... Siap dpt tempahan lagi... Bkn nak puji kawan tp bukti ada depan mata.... Syabas cikgu N dan murid-murid PK SMKM... Semoga usaha kita diberkati....dan yang penting melakukannya bukan kerana nama dan dokumentasi sahaja.... (Nauzubillah..) tetapi kerana nak bagi ilmu untuk anak-anak syurga ini :). Semoga dipermudahkan usaha kita. Insya Allah.

Selasa, 25 Februari 2014

Salam Perkenalan.... "kami budak baru belajar"

Assalammualaikum, akhirnya tercapai juga hasrat mencipta blog untuk Pendidikan Khas SMK Muhibbah Sandakan.  Blog ini ingin membuat perkongsian tentang cerita kami berkisar aktiviti, program serta apa-apa sahaja dalam usaha mendidik anak-anak khas.  Oleh kerana line laman sosial yang disekat, muncul idea untuk membuat blog. ....tapi admin baru belajar, harap pembaca dapat memberi maaf sekiranya ada post-post yang kurang menarik,  Konsep blog yang lebih santai, kurang formal dan lebih kepada perkongsian agaknya lebih sesuai dan dapat melatih admin menulis (hehe).  Sekiranya ada pendapat dan idea-idea yang boleh kita kongsi disini, admin amat mengalu-alukan.