Khamis, 27 Februari 2014

Hari Jumaat dan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Pendidikan Khas SMK Muhibbah

Semasa tahun pertama berpindah mengajar di smk muhibbah, saya diperkenalkan dengan subjek pendidikan asas vokasional dobi. Setiap hari jumaat, semua guru dan pelajar pendidikan khas akan ber 'PAV' untuk memberi kemahiran tertentu kepada pelajar. Pada tahun tersebut (2010) saya dan cikgu Jas mengajar kemahiran mencuci pakaian dan menyeterika pakaian.  Selain dobi, ada beberapa lagi matapaelajaran kemahiran asas vokasional seperti kebun sayur, tanaman herba, masakan, jahitan, pertukangan dan cuci kereta. Semuanya dijalankan secara kecil-kecilan.  Usaha yang murni ini sekurang-kurangnya dapat memberi latihan dan kemahiran kepada pelajar.  Apapun, seminggu hanya sekali dijalankan dan bergantung kepada faktor cuaca dan masa pembelajaran yang pendek pada hari Jumaat. Jika hujan, kami tidak terima tempahan mencuci. Maka, terfikirlah idea untuk mewujudkan kraf PAV dobi. Jika hari jumaat hujan, kami berkraftangan pula. Tema masih pakaian. Sangat comel (masuk bakul angkat sendiri haha...) Pengantung hiasan di kereta yang dibuat oleh pelajar kami ini sangat unik dan cantik, semua hand made. Tidak dijual dimana-mana kedai. Setakat ini cuma dijual di SMK Muhibbah Sandakan semasa Minggu Pendidikan Khas setiap tahun. Limited edition. Paling penting dijahit oleh anak-anak syurga. Membeli sambil menderma. Sesiapa berminat boleh email saya di inaredz2011@gmail.com atau tinggalkan komen di bawah. ;) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan